LATAR BELAKANG DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK

 

Ditubuhkan pada 8 September 1867, Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUNS) merupakan Dewan Perundangan yang tertua di Malaysia. Kini, DUNS mempunyai jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri seramai 82 orang, sekaligus menjadi DUN terbesar di Malaysia.

DUNS ialah dewan perundangan dan institusi terunggul dalam sesebuah Negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi di mana rakyat mempunyai suara mutlak dalam menentukan Kerajaan. Sebagai medan pertemuan semua wakil rakyat yang dipilih secara sah dalam proses demokrasi, DUNS berperanan sebagai perantaraan rasmi antara pihak berkuasa dengan rakyat.

Perlembagaan Negeri memperuntukkan supaya Dewan Undangan Negeri mengadakan persidangan sekali dalam setiap enam bulan kerana tiada sebarang cukai atau perbelanjaan boleh dikenakan ke atas Dana Tergabung Negeri melainkan setelah diluluskan oleh Dewan Undangan negeri. Semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak dinamakan sebagai Ordinan.

Pentadbiran dan Pengurusetiaan DUNS mempunyai 35 orang kakitangan di bawah pimpinan Yang Berusaha Setiausaha dan dinaungi oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

VISI

Menjadi Sekretariat Contoh Kepada Dewan Undangan Negeri.

 

MISI

Meningkatkan Imej Dewan Undangan Negeri Sarawak.

 

picture

Senarai
Peristiwa

SorotanTerkini